TILAPIA MERAH (Oreochromis niloticus) merupakan spesis atau sejenis ikan tilapia yang popular di Malaysia. 

Ikan tilapia sesuai dimasak dalam berbagai menu. Ia boleh digoreng sambal atau dimasak 3 rasa (masam, manis dan pedas). Ikan yang bersaiz besar lebih dari 600 gram seekor memang sesuai dihidangkan untuk seramai 3-4 orang. Ikan tilapia masak kicap juga sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih yang panas dan lembut. Terdapat juga ikan tilapia yang dibuat ikan pekasam dan ikan kering jika ada kuantiti yang banyak.